Kita hidup bukan untuk mati dan mati bukan untuk hidup

Assalamualaikum!

Aku dah tengok lagu baru bts yang bertajuk fire. Aku pun ada tengok album baru dia. Yang aku suka pasal bts adalah diorang ni adalah lain daripada yang lain. Serious. Sebab diorang yang compose lagu and lirik pun selalu related ngan aku. Ada dalam album dia yang buat aku rasa sebak, tajuknya 'young forever'. Kalau korang bukan army, memang korang tak rasa sebak. Aku jadi army dah lama dah sebab tu rasa sebak.

Lepas dengar semua lagu dalam album dia, terdetik untuk dengar semua lagu bts pada mula mereka debut. Dan secara tidak langsung, ibu jari menggatal pergi click dekat rap monster punya mixtape. Maka aku dengan ini mendengarlah mix tape rap moster tu dengan english subtitle.

As expected, rap mon tak pernah menghampakan aku sebab lirik dia selalu deep. Rap mon ni suka cakap pasal phisiolophy, dia siap beli buku genre phisiolophy lagi. Itulah yang buat aku tertarik ngan dia. Ya, aku pelik.

Dalam mendengar dan memahami bait-bait lirik dalam semua mix tape rap mon. Aku terfikir rap mon ni atheist ke? Sebab ada satu lirik mix tape tu yang boleh buat umat islam murtad tapi tak tahulah kalau rap mon kristian boleh buat dia murtad. Okay, im so funny. Fikir rap mon murtad dalam agamanya ataupun dia adalah seorang atheist. Dan ada juga lirik mixtape pasal life. Actually, tajuk aku tu adalah lirik dia.

Actually, as army aku tahulah rap mon ni macam mana. Dia berfikiran jauh, sebab tu aku suka dengar kata-kata yang keluar dari mulut dia sebab kebanyakkan deep belaka dan buat aku berfikir.

Dari apa yang aku nampak, rap mon ni dia lost. Dia tak tahu apa tujuan dia hidup dia. Dia tak tahu apa yang dia buat betul atau tidak. Dia nak enjoy setiap detik walaupun dikala susah dan senang.

Maka dengan ini, aku pun mulalah buat entry khas untuk orang lost dan tertanya kenapa mereka hidup.

*panjangnya intro hahaha*

"Adakah kita hidup untuk mati?"
"Adakah kita mati untuk hidup?"
"Kenapa bila kita nak buat benda yang betul end up sebenarnya salah?"
"Adakah kita dilahirkan untuk melakukan kesalahan?"

Dalam diam ada antara kita yang fikir macam ni. They are so lost. Tak tahu apa tujuan hidup. Sebagai umat Islam, aku nak bagitahu sikit berkenaan kehidupan *ecehh*

"Tidak Aku ciptakan jin dan manusia, melainkan untuk mengabdikan diri kepada Aku"

Az-Zariyat : 56

Itulah tujuan hidup kita. Untuk mengabdikan diri kepada Allah. Kita hidup untuk menyembah Allah. Bila kita perhatikan dengan betul tujuan kita hidup secara meluas, kita akan kehilangan arah tuju ke destinasi sebenar di dunia ni.

"Dan ingatlah pada ketika Tuhan kamu mengatakan kepada malaikat, "Sesungguhnya Aku akan menciptakan untuk bumi itu khalifah""

Al-Baqarah : 30

Lepas ayat tu, Allah ciptakan Nabi Adam A.S. Ramai orang terlepas pandang dalam menyatakan atau membahaskan (?) tujuan hidup kita. Dari apa yang kita tengok, tujuan kita hidup untuk mentadbir bumi.

Menjadi pemimpin.

Bila kita tak rasa kita dicipta untuk memimpin, kita jadi self-centric yakni mementingkan diri sendiri.

Ada orang soleh tapi tak mampu jadi orang lain soleh. Ada orang baik tapi tak mampu mengajak orang lain kearah kebaikan.

Bila kita pisahkan tujuan hidup kita sebagai khalifah dengan tujuan kita sebagai hamba Allah di muka bumi, kita akan buat untuk kita je. Kita akan fikir tentang kita je. Islam takkan tersebar dengan meluas. Islam menjadi sempit.

Kita ni khalifah tapi kita juga hamba kepada Allah SWT.

Allah swt tak ciptakan kita untuk nak dapatkan akhirat, kita kena tinggalkan dunia. Bukan.

Malaikat paling kuat bertasbih, bertahmid dan beribadah kepada Allah swt tapi bukan tu yang Allah nak secara keseluruhannya. Allah swt nak bumi ni ditadbir dengan keadilan, cahaya kebenaran bersinar terang yang buatkan manusia yang duduk di atas muka bumi ni mentaati Allah SWT.

Dan kitalah khalifah tu.

"Dan antara mereka pula ada yang berdoa dengan berkata, "Wahai Tuhan kami, berilah kami kebaikan di akhirat, dan peliharalah kami daripada azab neraka. Mereka itulah yang akan mendapat bahagian yang baik daripada apa yang sudah mereka usahakan. Allah amat cepat hitungan-Nya""

Surah Al-Baqarah : 201-202

Islam tu mencakupi semua aspek. Kalau budak tasawwur Islam kata syumuliah. Akhirat tu destinasi, dunia pula medan bergadang.

Inilah tujuan hidup kita. Sebab tu bila kita lost, kita kena cari Allah sebab takut terpesong. Terpesong dan hanyut dalam fikiran.

Kita tidak hidup untuk mati dan mati untuk hidup. Bukan. Kenapa kita "hidup untuk mati?" inilah yang dikatakan lost. Lost. Kita tak rasa nikmat hidup. Kosong, hanya hitam putih. Sebab apa? Kita tak rasa kewujudan Allah.

Aku faham kot apa yang rap mon rasa. Sebab aku pernah rasa. Spend time dengan fans memang happy sebab itulah impian dia. Bila impian dah tercapai, dia ada pula impian yang lebih besar tapi bila satu-satu impian yang dah tercapai, ada satu je benda yang dia tak dapat nak capai sampai sekarang. Rasa tenang.

kita juga tidak dilahirkan untuk melakukan kesilapan tapi kesilapan yang kita buat untuk mengajar kita agar kita tidak melakukannya lagi. Kesilapan juga satu ujian yang kita. Ujian kita akan berulang kalau kita tak tahu hikmah atau pengajaran disebalik kesilapan kita.

Mati. Semua manusia akan merasai mati. Bukan manusia je, dekat akhirat nanti semua akan mati. Semua makhluk Allah. Dan menjadilah bukti bahawa Allah itu maha Esa.

Aku ni pun antara orang yang lost. Tapi sekarang tengah mencari identiti diri. Sedang kuatkan diri.
Hidup ni tak mudah seperti yang kita impikan, tapi kesusahan yang kita hadapi menguatkan kita dan membentuk kita menjadi seorang hamba. Sama ada hamba yang bertaqwa atau hamba yang ingkar. Itu pilihan kita. Macam mana kita set mind kita.

Aku tak tahu sejak bila aku suka cakap pasal kehidupan dan benda deep dan benda yang buat aku berfikir. Lebih kurang sama macam rap mon sebab tu aku suka dengar apa yang dia kata.

Kadang bila dengar rap mon cakapkan, entah kenapa ada satu perasaan ni yang kuat mengatakan rap mon ni mudah masuk islam. Dia cuma perlu memahami islam je sebab soalan yang dia tertanya tu Islam ada jawapannya.

Ya, aku ni berfikiran jauh. Haha. Sampai rap mon kristian atau atheist then convert ke Islam. Nampak tak betapa jauhnya fikiran aku.

Kadang rasa nak bagi tafsir Quran dekat bts tau pergi pos di Korea sana tapi aku tak buat sebab takut diorang salah tafsir. Sebenarnya hati teringin nak tengok diorang masuk Islam. I know this might be weird tapi dioranglah yang buat aku dekat dengan Allah. Diorang tak cakap pasal Tuhan tapi diorang cakap pasal benda deep dan soalan yang tak dapat dijawab dan sudah tentu mengenai kehidupan. Aku dapat jawapan melalui Islam sebab tulah aku harap diorang Islam. Diorang perlu memahami Islam kalau tak sudah tentu diorang dapat jawapan.

Aku sebagai army, hanya mampu berdoa sahaja agar mereka dapat hidayah. Bukan bts je tapi orang mencari hidayah, orang mencari kebenaran, orang yang sesat, orang yang menyimpang sebab aku tak mampu membimbing orang. Aku hanya mampu berdakwah melalui akhlak sebab ilmu cetek dan aku ni bukanlah orang yang berkuasa banyak pengikut. Sebab tulah hanya doa je yang mampu. Nampak tak kuasa doa ni kuat?

Tujuan hidup kita adalah menjadi hamba Allah dan menjadi khalifah, semoga kita selaras dengan tujuan kita hidup.

Hidup kita makin singkat. Kiamat pun makin dekat jadi sentiasa muhasabah diri. Akhir zaman nanti yang mana kita akan ikut? Imam mahdi atau dajjal? Tegakkan Islam. Iya, memang sekarang ni zaman fitnah. Islam dianggap pengganas. Memang islam di anggap pengganas tapi sebagai umat Islam kita kena tegakkan agam Islam, pertahankan hak Islam. Dimana kita sekarang?

Aku tak boleh jalankan kehidupan sebagai umat Islam seorang diri. Iman aku terlalu rapuh, jadi jom kita berpegang tangan menegakkan syiar Islam. Berdakwah mana yang mampu. Berdoa kepada negara Islam.

Semoga kita di golongan yang benar.

No comments: