Ma Qaddarallahu Khayr

Apa yang Allah takdirkan itu, pastinya baik-baik belaka.

Pernah dengar ayat ni?

Diatas muka bumi ini, kita semua diuji dengan pelbagai bentuk ujian. Ada yang diuji dengan dikecewakan oleh manusia lain, ada yang diuji dengan kehilangan ibu bapa dan keluarga, ada yang diuji dengan duit, ada yang diuji dengan kebuluran makanan. Masing-masing diuji mengikut kemampuan masing-masing.

Dan itu takdir kita yang sudah tertulis di luth mahfuz. Kesakitan yang kita rasa, kekecewaan yang kita alami tapi ada takdir kita boleh lawan bukan terima bodoh-bodoh.

Perasaan benci yang kita alami dah tertulis di luth mahfuz tapi kita kena lawan perasaan tu sebab apa? Sebab itu ujian yang Allah beri, membolak-balikkan hati kita. Kejap sayang kejap benci. Iya, itupun salah satu ujian buat kita. Ujian melawan perasaan, perasaan amarah, perasaan dendam. Mengawal perasaan kita. Susahkan? Susah bukan nak lawan perasaan ni? Tapi kita kena ingat ujian yang susah ni untuk orang yang hebat.

Allah maha melihat wahai teman-teman yang dikasihi. Allah tengok kesabaran kita, Allah tengok ketabahan kita, Allah tengok kemampuan kita. Wallahi memang Dia Maha Melihat.

Dzat-dzat Allah ada dimana-mana. perasaan sakit hati pada orang lain itu muncul dari siapa? Siapa yang terbitkan perasaan itu dalam diri kita? Allah. Kenapa Allah nak terbitkan perasaan itu? Untuk uji kita. Dan boleh jadi juga kita pernah menyakiti mereka dan Allah hadirkan perasaan sebegitu kerana kifarah.

Bila kite terlalu sakit kita ingin menyepi, pergi dari hidup orang. Kita ingin bersendirian. Buat apa entah duduk dengan orang yang menyakitkan hati. Buat apa ada orang sekeliling mereka tak faham isi hati kita, mereka tak faham perasaan kita. Lebih baik kita bersendirian.

Itulah bisikan syaitan.

Biar kita bersendirian putuskan silaturrahim. Biar kita bersendirian dan memikirkan bukan-bukan. Biar kita bersendirian. Bila kita rasa ingin bersendirian masa itulah kita perlu mencari orang yang beriman. Mencari orang yang mengingati kita tentang Allah.

Semua ujian yang kita tempuhi untuk kembali mendekatkan diri dengan Allah.

Memang semua tak faham kita. Walaupun diorang mempunyai situasi yang sama pun belum 100% mereka faham kita. Sebab apa? Perasaan yang Allah beri itu lain-lain. Bila kita beriman kita redha, bila iman kita ditahap sederhana kita akan cuba bangkit dan bila kita lupa siapa pemberi ujian ini maka futurlah kita.

"Setiap kesusahan disertai kemudahan. Dan setiap kesusahan disertai ke"

Ayat ini mengatakan setiap kesusahan disertai kemudahan, bukan setiap kesusahan selepasnya ada kemudahan. Semua tahu itu. Kesusahan tidak berkekalan tapi tak semua tahu kesusahan yang kita hadapi, Allah beri kekuatan sebab itu dalam ayat ini, setiap kesusahan disertai kemudahan. Maka sudah jelas menunjukkan kita kuat dan mampu hadapi setiap kesukaran dalam hidup. Jangan futur.

Kita punya takdir baik sahaja. Kalau tak ada kesusahan apa kita tahu apa itu kesenangan? Kalau kita hanya ada kecukupan apa kita tahu apa itu murah rezeki? Kalau kita tak ada usaha apa kita tahu apa itu nilai setitik peluh?

Kalau di dunia ini semuanya kita nak senang, dunia ini bukan tempatnya. Dunia ini bukan tempat kita bersenang lenang. Dunia ini tempat kita bekerja, mencari redha Allah dan mengutip amalan untuk ke syurga. Syurga. Syurgalah tempat bersenang.

Jangan salahkan takdir kenapa boleh jadi begitu dan begini. Jangan salahkan takdir kenapa kau disakiti dan menyakiti. Jangan salahkan takdir kenapa kau berjumpa dengan orang seperti itu dan seperti ini. Jangan pernah salahkan takdir. Takdir tak pernah salah. Yang tertulis di luth mahfuz tak pernah salah.

Boleh jadi kau dikecewakan, disakiti, dibenci, tak dihargai kerana Allah nak tunjuk siapa Allah. Kau boleh mengharap dekat Allah. Boleh jadi macam tu sebab kau terlalu asyik dengan dunia smpai kau lupa matlamat kau hidup diatas muka bumi ini.  Dan orang yang sering menyakiti kau, anggaplah ia seperti kertas pasir. Membersihkan diri kau dan akhirnya kau menjadi berkilat setelah dibersihkan.

Jangan futur. Jangan salahkan takdir. Jangan salahkan Allah.

Kita memang patut diberi ujian. kita selalu lupa Allah padahal Allah dekat sangat dengan kita. Dzat-dzat Allah ada dekat sangat dengan kita. Di udara, dzat Allah yang membuatkan kita dapat membaca, dzat Allah yang dapat membuatkan kita bergerak. Tapi sedikit yang mengatakan 'alhamdulillah' yang lain hanyut memikirkan masalah dan menyalahkan takdir.

Sedarlah, kita ini cuma hamba. Sejahil mana pun kita, cubalah untuk berbaik sangka dengan Allah dan diri sendiri.

No comments: