Disebalik 'kenapa' ada sebabnya

Assalamualaikum.


Aku selalu pelik, kenapa aku selalu dapat ajk. Ajk masjid, ajk setiausaha perpis, ajk aswaq rasul. Aku selalu pelik, padahal diri aku ni penuh dosa malah aku cetek ilmu. Tak ada apa-apa. Makin hari makin mengecil. Tanggungjawab yang perlu aku pikul amat membebankan. Sampaikan satu tahap,aku ingin letak jawatan ajk. Bukan sebab aku tak suka tapi sebab tanggungjawab yang aku pikul amatlah besar.

Dan itulah ujian yang Allah beri.

Lepas aku letak jawatan, aku rasa tak tenang. Ada sahaja benda yang tak kena. Tak tenteram, hubungan aku dengan ajk yang lain renggang. Then, lepas apa yang berlaku baru aku sedar. Aku tersilap langkah.

Aku ingat lagi bila aku dipilih menjadi ajk dalam group usrah Aswaq Rasul sebab ustaz buat solat hajat dan diberi petunjuk bahawa aku yang dipilih menjadi ajk. That means aku pilihan Allah. Allah yag pilih aku, bukan orang lain. Aku rasa terpukul sebab aku tolak pilihan Allah. Aku ingat dengan meletak jawatan sebagai ajk akan beri aku ketenangan sebab tanggungjawab tak perlu aku pikul lagi dah tapi aku silap.

Sebagai umat Islam, kita semua ada tanggungjawab. Tak kisahlah kau cetek ilmu atau penuh dosa, berdakwah merupakan tanggungjawab kau juga. Jangan jadikan cetek ilmu itu alasan, sebab kita boleh berdakwah dengan akhlak kita dan percakapan dan perbuatan kita, bukan ilmu sahaja.  Itu silap aku. Aku bagi alasan untuk meletak jawatan sebab aku cetek ilmu. Kita pun tak boleh bagi alasan tidak berdakwah kerana kita hamba pendosa. Semua orang melakukan dosa tapi yang membezakan adalah taubat. Adakah kita melakukan taubat?

Jujur, bila difikirkan balik, alasan untuk tidak berdakwah atau taknak memikul tanggungjawab sebab kita terlalu banyak dosa sama sekali salah. Kalau pendakwah kena jadi sempurna then siapa yang perlu berdakwah? Tiada manusia di atas bumi ini yang akan berdakwah.

Silap aku fikirkan macam tu. Terima kasih juga sebab aku jadi ajk lah aku dapat melaksanakan tanggungjawab seorang muslim. Berdakwah. Menyebarkan ilmu agama.

Kita ada dua tanggungjawab diatas muka bumi ini. Satu, menjadi khalifah bumi. Kita kena jaga tanam-tanaman alam flora, tegakkan keadilan dan menyebarkan Islam. Kedua menjadi hamba Allah. Kita kena solat lima waktu, berzikir, belajar ilmu agama. Tapi kita buat ke dua tanggungjawab ini?

Tak.

Kita buang sampah merata-rata, kita petik bunga yang ditanam, kita tebang pokok yang paling zalim cukur bulu kucing atau cungkil mata kucing. Allah. Solat pun melambat-lambatkan, kalau penat sangat. Ahhhh, tak payah solat terus. aurat dedah sana-sini. Pakai tudung ikut trend bukan ikut syariah. Ikhtilat jangan cakaplah. Memang tak terjaga. Tapi kita still kata "Aku islam" atau "Aku sayang Allah dan PesuruhNya"

Kita marah bila orang bukan Islam hina agama Islam, marah bukan main bila orang Cina tangkap gambar duduk atas al-Quran then letak Kitab suci tu dalam mangkuk jamban. maki sana, maki sini. Tapi kita tak sedar kita sendiri yang menghina Islam. Kita tk tunjuk dekat non muslim erti Islam yang sebenar. Kita tak melambangkan Islam yang sebenar. Orang kata "Jangan tengok Islam melalui muslim, muslim tak perfect Islam itu perfect" Lebih kurang begitulah ayatnya. tapi dengan ayat tu kita jadikan alasan untuk terus melakukan dosa dan memburukkan nama Islam. How ironic.

Dunia diambang akhir zaman, tapi ramai yang sedar tak sedar. Yang sedar tapi tidak fikir dan yang tidak sedar terus hanyut dengan dunia. Kadang nikmat yang Allah beri adalah hukuman Allah. Kita dapat segalanya didunia ini, tapi kita lupa siapa yang memberi. Kita tak bersyukur tapi Allah masih memberi apa yang kita nak.

Inilah yang dikatakan manusia.

Lemah. bila kita lahir di dunia ini, memang akan ada ujian buat kita. Lepas satu, satu datang. Setiap hari kita akan ditimpa ujian. Sama ada berbentuk kesenangan atau kesusahan. Ujian kesenangan, Allah akan limpahkan rezeki kepada kita. Kita dapat spm straight A, kerja gaji tinggi, ramai orang sayang, popular, kaya. ujiannya kita bersyukur tak? Ingat tak siapa yang memberi? Ingat matlamat kita hidup di dunia ini? Dan ujian kesusahan pula sebaliknya.

Perjalanan kita masih jauh.

Disebalik kenapa aku menjadi ajk mungkin Allah tahu, aku takkan mengambil berat tentang agama Islam atau tidak menyebarkan ilmu Allah. Aku tahu itu sebabnya dan sebab yang lain itu aku tak dapat fikir dan mungkin diluar jangkaan Aku.

Jangan kita persoalkan kenapa, kenapa dan kenapa sebab setiap yang dikenapakan itu ada sebabnya.

Aku tengok diri sendiri. Tengok cermin, yang aku nampak hanyalah hamba Allah yang selalu lupakan Penciptanya. Semakin hari semakin kecil, semakin hari baru aku sedar siapa aku yang sebenar. Hanyalah hamba Allah yang berlagak seperti Tuhan. Hamba Allah yang penuh dosa tapi hamba Allah  ini akan menjalankan tanggungjawab sebagai umat Islam walaupun ia penuh dengan dosa pada masa yang sama akan memperbaiki diri menjadi hamba yang paling dekat disisi Allah.

Maafkan diri ini, yang selalu rebah dek kerana ujianMu tapi aku akan bangkit (Inshaa Allah) kerana kekuatan yang Kau berikan kepadaku.

Ingat, kita semua ada tanggungjawab.


No comments: