Recommendation

Assalamualaikum dan hai!

Okay, aku tahu mesti korang pelikkan sebab lately aku rajin meng-update blog. Actually, aku tetibe banyak idea pula topic yang di update dekat blog hewhew. Dah buang tabiat kot.

Hari ni aku nak recommend buku, lagu dan movie. Serious! Korang patut baca buku yang aku recommend, dengar lagu yang aku recommend dan tengok movie yang aku recommend. Bagi aku semua yang aku recommend semua best tapi tak tahulah kalau cita rasa kita tak samakan? Well, lain orang lain cita rasa. Kalau aku kata best tak guna jugakan kalau kita lain cita rasa. Nak tahu best ke tak, tengok sendiri. :p

First, aku teramat suka dengan buku bertajuk 'Reclaim Your Heart' by Yasmin Mogahed. Buku ni bukanlah sebuah buku cerita tapi buku motivasi. Jujurnya, buku ni membantu aku untuk belajar redha dengan apa yang diberi dan bersabar dengan apa yang menimpa aku. Reclaim Your Heart ni memang sangat membantu korang jadi positif. Actually, aku tak adalah positif mana pun tapi sebab aku baca buku ni, aku jadi percaya sangat dekat Allah SWT. Kadang-kadang bila ujian timpa kita, kita ikut kata hati. Kita dengar bisikan syaitan then mulalah kita bersangka buruk dekat Allah SWT ataupun kita duk menanya 'kenapa aku?', 'kenapa mesti aku?'. Iya dok? Buku ni memang baguslah untuk orang yang nak move on, yang ingin mengenal cinta sebenar ataupun yang ditimpa ujian. Buku 'Reclaim Your Heart' ni ada tiga versi. English Ver, Malay Ver, Indonesia Ver. Jadi korang boleh pilih nak baca buku ni menggunakan bahasa apa. Macam aku, aku baca English ver sebab boleh juga untuk improve bi aku. Buku ni high recommend lah.

Second, aku suka baca buku '30 Hari Mencari Tuhan by Hilal Asyraf'. Actually, aku suka semua buku Hilal Asyraf sebab karya dia penuh dengan motivasi, ilmu tasawwuf dan sesi muhasabah. Jujur, bila aku baca buku '30 Hari Mencari Tuhan' kadang-kadang rasa macam orang bodoh. Sebab apa? Sebab aku tak tahu apa yang tersirat dan tersurat dalam ayat Al-Quran. Contohnya, surah Al-ikhlas. Kita tahu surah tu pasal apa? Pasal keesaan Tuhan. Okay itu je. Lepas tu? Tu je yang kita tahu, betul dok? Buku ni buatkan kau cermin diri kau tu dan berapa jauh kau dengan Tuhan. Haaa gitu. Memang baca buku ni, aku banyak muhasabah.

Yang ketiga, aku nak korang baca buku English ni. Tajuknya 'Memoirs Of Imaginary Friends'. Buku ni kisah pasal budak yang ada kawan imaginary. Kawan dia tak wujud. Dia sorang je boleh nampak kawan dia. Parents dia semuanya tak boleh nampak. Aku cakap kat korang buku ni mulanya membosankan tapi nak masuk klimaks tu...Okay best! Aku menangis baca buku ni. Aku harap adalah yang jadikan movie sebab buku ni memang layak buat movie. Kalau korang baca buku ni, bagitahu aku. Hahahaha. Aku suka Budo.

Cemana nak dapat ketiga-tiga buku ni? Ada dekat kedai buku berdekatan seperti Popular, Mph dan kalau malas nak keluar boleh beli dekat aku tapi aku tak ada buku 'Memoirs Of Imaginary Friend' tu. Aku cuma jual Islamik je.

Honestly, aku jarang dengar lagu. Serious. Tapi once aku dengar lagu, memang takkan berhenti.

First, aku nak recommend lagu 'Try' by Callbie Cailat. Aku tak tahu betul ke tidak ejaan nama penyanyi tu. Hehe. Lagu ni sesuai untuk orang yang tak ada confident pada diri sendiri. Macam aku, aku tak ada confident dengan diri aku. Aku suka dengar lagu sebab lirik dia sangat-sangat menyentug perasaan. Aku ni mungkin nampak macam confident tapi actually tk pun. So bila dengar lagu ni kadang-kadang mata masuk habuk. Lirik dia biasa je tapi sebab lirik dia pasal tak ada confident aku tersentuh sikit.

Hmmm. Aku tak banyak dengar lagu. Serious. Tapi ada lagu korea ni buat aku tersentuh dengan lirik dia. Tajuk lagu tu tomorrow - bts. Bila aku rasa susah atau dalam masalah, sometimes aku dengar lagu ni. Aku baca lirik dia. Lirik dia ni menguatkan aku untuk lalui jalan-jalan yang berliku. Hammboi kau. Tapi, bagi aku, mungkin lagu dia tak adalah best mana pun but aku stuck dekat lirik dia. Lirik dia pun tak adalah deep deep mana dari lagu lainkn tapi lagu ni memang bagi aku semangat.

Haaa, yang ini aku recommend ni memang best. Tajuk lagunya 'muhasabah cinta by edcoustic'. Bila dengar lagu ni buat aku sebak. Lagu tentang cinta kita terhadap ilahi. Lagu ni memang muhasabah habislah. Iyalah, macam aku yang lalai dan selalu tak bersyukur dengan nikmat yang Allah bagi, memang lirik dia buat aku sebak. Siapalah kitakan? Tapi yang paling sebak lirik dia 'pertemukan aku denganmu'. Itu serious buat habuk masuk mata aku. Lirik dia simple je tapi bila ; pertemukan aku denganmu tu dinyanyikan. Aku terfikir, siapalah kita untuj dengan Allah? Dahlah penuh dosa  semuanya kadang lalai. Lupa pada Allah. Kan? Mungkin sebab tu aku sebak.

Okay, actually aku tak adalah banyak tengok movie sangat tapi still recommend juga.

Bagi aku, kalau movie tahun ni. Aku recommend cerita munafik. Cerita tu seram tapi aku tak faham kenapa kawan aku kata cerita tu tak seram. Bagi aku, jalan cerita dia okay  dah and banyak isi. Cerita penuh dengan pengajaran, mungkin sebab tu kot aku suka cerita ni. Bagi aku, cerita yang ada isi dan pengajaran best bagi aku daripada cerita seram tapi tak ada isi. And orang yang macam aku yang kurang tengok cerita melayu, aku recommend dekat korang tengok cerita ni. Cerita bukan kisah kahwin paksalah, yang ada di novel tapi dialam realiti tak ada pun -.- Cerita ni penuh pengisian dan pengajaran. Plus tak ada aurat pun yang terdedah dalam cerita ni. Ni first time aku tengok cerita melayu yang aurat tak terdedah. Aku harap korang yang dah tengok cerita 'Munafik' ni, ambil pengajaran bukan tengok je. Ye dok?

Second, actually aku nak recommend boboiboy the movie tapi aku tak tengok lagi. Aku punyalah ajak family tengok sekali, last-last diorang tengok dulu and end up aku je yang tak tengok -.- Sedih tauuu, aku ni biggest fan boboiboy haha. Okay, second yang aku nak recommend adalah zootopia. Cerita ni pun ada pengajaran juga tau bukan sekadar cerita kartun. Aku suka watak fox tu. Macam lelaki playboy haha.

Third, hmmmm. Aku dah tengok cerita 'London has fallen' tapi aku tak rasa patut recommend pun sebab ia berkaitan dengan terrorist. Kalau terrorist mesti negara Islam yang dipersalahkan. Jalan cerita best tapi boleh nampak apa yang nak disampaikan. Dia tak cakap pasal Islam tapi kita sebagai umat Islam dah tahu udang disebalik batu. Okay, aku tak ada nak recommend dah tapi kalau movie yang lama, korang tengok 'Miracle in cell no. 7' . Ini cerita Korea. Jujur aku kata, cerita memang sedih sampai korang nangis teresak-esak. Kisah ni pasal ayah dan anak. Bagi aku, movie ni sesuai tengok dengan seisi keluarga.

Itu sahaja yang aku nak recommend. Jujur aku kurang dengar lagu dan tengok movie so tak tahulah nak recommend apa. Tapi yang aku recommend tu bagi aku best. Bagi korang? Depends pada kita sama taste ke tidok yee.

Aku tahu banyak typo dan perkataan tak teratur  dan ada perkataan yang tertinggal. Haha. Update blog dalam keadaan rushing. Fi hifzillah kalian!

No comments: