Everything happen has a purpose

Dulu aku ada sayang dekat someone ni. Meamang pada mata aku dialah yang sempurna sekali. Dia yang baik sekali. Dia yang cantik sekali. Dia yang ada semuanya. Dia akan kekal dengan aku buat selamanya dan aku sayang dia. Iya, itu dulu tapi tak bermakna aku tak sayang dia dah :p

Aku sayang sangat dekat someone sampaikan dalam hati ni ada dia je. Dia ni macam drug addict bagi aku. Aku rasa taksub sangat dengan dia. Semua benda aku nak buat dengan dia. Aku plan macam-macam dengan dia tapi pada dia aku cuma orang biasa-biasa je tak lebih dan tak kurang. Aku selalu Nampak dia dengan orang lain and that's really hurts me. Kadang-kadang air mata tak dapat nak tahan. Kadang-kadang hanya mampu tersenyum. Macam biasa sebab aku cuma 'orang biasa-biasa' pada dia jadi aku pendam perasaan tu sampailah perasaan tu hancurkan diri aku. AKu bukan aku lagi. Makin hari senyuman aku makin pudar. Senyuman aku terpecah kepada banyak jenis which is cara aku senyum semuanya berlainan.
Aku tak tahu senyuman mana yang real.

Aku fikir pasal hati dia dan macam mana nak buat dia happy. Bagi aku, kebahgiaan aku adalah bilamana aku nampak dia happy dengan aku bkan dengan orang lain. Itulah sumber kebahgiaan aku. Tapi one day, aku nampak dia kurang senyum, senyuman pahit je yang dia ukir dibibir. AKu cuba approach dia like im used to but im failed. AKu gagal untuk tahu masalah dia. Aku sedih sangat sebab dia langsung tak pernah nampak aku, pada mata dia adalah orang lain. Bukan aku. Aku sedih, aku selalu ada dengan dia dan dia langsung tak nampak aku.  Itulah yang aku sedih dan paling sedih bila dia kata dia 'okay' untuk sembunyikan masalah dia. Iya, nampak sangatlah aku ni langsung tak penting bagi dia. Aku bukan orang yang dia nak share susah senang dia. Aku bukan orang yang dia nak sebagai pendengar setia. Then, aku decide untuk let h-- go. Aku nekad untuk jauh dengan dia sebab apa yang aku dapat cumalah sakit dan tak bawa kebahgiaan pada diri aku. Aku mula sedar yang mungkin dengan meninggalkan dia aku akan free. Aku mampu tersenyum seperti dulu. Mungkin. Jadi dengan hati yang tabah aku niat untuk tinggalkan dia. Aku taknak jadi seperti ini, aku ingin berubah!

Tapi, harapan kecundang bila Allah takdirkan aku dan dia. Masa tu, aku dah lupa dah kesakitan aku yang aku alami dulu. Aku lupa dia tak hargai aku dulu. Aku lupa niat aku untuk tinggalkan dia. Aku lupa semuanya. Masa tu, aku cuma ada dia je. Dan aku gembira sangat bila Allah takdirkan begitu. Jadi secara tak sengaja aku mula pegang dia erat supaya dia tak tinggalkan aku. Aku letak dia dalam hati aku. Dalam hati aku cuma ada dia, bukan orang lain. Tak ada sesiapa selain dia. Sampailah bila aku mula letak dia dalam hati, hubungan aku dan dia renggang. Macam-macam dugaan aku hadapi. AKu nekad tak nak bagi dia tinggalkan aku dan aku takkan tinggalkan dia. Tapi dengan izin Allah, muncul orang baru dalam hidup aku dan dia. Orang baru tu lebih banyak membawa kebaikan tapi pada mata aku, orang baru tulah yang renggangkan hubungan aku dan dia. Aku tak nak ada kenangan dengan aku, dia dan orang baru tu. Tak nak! Aku tamak. Aku cuma nak ada kenangan dengan dia je. Dia je. Bukan dengan orang baru sekali.

Sampailah satu masa dimana aku dan dia dipisahkan. Allah je yang tahu betapa sedihnya aku. Aku tertanya kenapa bila aku letak dia dalam hati aku mesti jadi macam ni? Kenapa aku attach sangat dengan dia? DIa dah macam drug addict dah pada aku. Aku cuma nak dia. Aku cuma nak bersama dia.

Dalam tempoh aku dan dia berpisah. Aku mula menyendiri. Aku mula pulang balik ke matlamat kenapa aku hidup dalam dunia ni. Aku mula berubah sikit demi sedikit. Aku bangkit. Aku cuba nak move on. AKu mula letakkan Allah dalam hati aku.

Baru aku sedar.

Betullah, orang kata ; hidup ni ibarat rama-rama. Kalau kita kejar dia, dia akan lari. Ia sama seperti kalau aku kejar dia, dia akan pergi.

Aku mula sedar. Setiap apa yang berlaku ada tujuannya.

Ingat tak kisah Nabi Ibrahim AS yang nak sembelih anaknya? Nabi Ibrahim AS sayang sangat anaknya  tapi Allah SWT perintahkan Nabi Ibrahim untuk sembelih anaknya. Nabi Ibrahim pun nak pergi sembelih anaknya. Bila Nabi Ibrahim AS nak sembelih anaknya, Allah perintahkan supaya tak perlu sembelih anaknya.  Itu short story ya.

Apa yang aku cakap adalah, aku sama seperti Nabi Ibrahim AS. Aku sangat sayang dia dan Nabi Ibrahim AS sangat sayang anaknya. Bezanya, Nabi Ibrahim AS utamakan Allah dan aku utamakan dia. Nabi Ibrahim dapat balik anaknya atas izin Allah sebab Nabi Ibrahim AS utamakan Allah dan aku tak dapat dia sebab aku utamakan dia. Aku tak letak Allah dalam hati, aku letak dia.

Apa yang aku nak kata, kenapa aku tak dapat dia adalah sebab aku tak letak Allah dalam hati. Kalau aku letak Allah dalam hati semua benda keduaniaan dalam tangan aku atas izin Allah. Aku bergantung kepada pemberian Allah bukan kepada Yang Maha Memberi.

As time goes by, aku sedar yang dunia ini hanya sementara. Iya, kita semua sedar dan tahu tapi langsung tak fikir sebab dunia dalam hati tapi Allah dalam tangan? Kan? Kalau tak, tk adalah kita tak khusyuk solat sebab fikir pasal dunia. Kalau Allah dalam hati, kita takkan tangguh solat hanya semata-mata nak siapkan assignment atau nak tunggu cerita habis atau nak habiskan game dulu atau nak tidur dulukan? Kalau Allah dalam hati, kita takkan buat macam tu.

Hidup ni ibarat kita dekat tengah laut. Kita adalah sampan dan air laut adalah duniawi. Kalau kita duk utamakan duniawi means kita mencebok air laut masuk dalam sampan. Apa akan jadi? Teggelamlah sampan dan sampan tu takkan sampai di tempat destinasi kita. Macam itulah dengan kita. Kalau kita attach dengan keduniaan habislah akhirat kita.

Mungkin dia pergi dari hidup aku sebab aku terlalu attach dengan dia. Sebab tu, Allah SWT ambil dia dari aku. Allah SWT sayang sangat dekat aku. Alhamdulillah, kehadiran dan kehilangan dia cukup mengajar aku untuk utamakan Allah SWT. Sungguh, teruknya aku bila utamakan manusia dulu daripada Allah.

Kenapa aku cerita benda yang dah lepas? Sebab baru hari ni aku sedar setelah kehilangan dia. Jangan sedih atas kehilangan seseorang dalam hidup kita, sebab semua berlaku ada tujuannya. Aku takkan jadi orang yang lebih baik kalau bukan kerana dia hadir untuk beri pelbagai rasa dan sememangnya atas izin Allah. Aku redha.

Keduniaan bukan manusia sahaja. Tapi, duit, career, pangkat, keturunan, kecantikan, popularity. Ingatlah kalau semua benda tu tak ada, dan buat kita rasa sedih. Kita kena check balik siapa yang kita utamakan. Perbetulkan priority kita. Perbetulkan hubungan kita dengan Allah. Utamakan Allah dahulu, inshaa Allah semuanya kita dapat sebab Dia Yang Pemurah Lagi Maha Penyayang.




A
ku akan cuba jadi yang terbaik dan mengejar akhirat. Jujur aku rasa kosong dengan dunia sekarang ini. 
Aku harap Allah tak membolak-balikkab hati aku. 
Aku takut. Sebab aku pernah tersungkur ketika mengejar akhirat. 
Hati aku pernah mencintai dunia. Aku harap hati aku kuat untuk ujian seterusnya. 
Mujahadah itu pahit kerana syurga itu manis. 
Jom, kita pegang tangan erat-erat menuju ke syurga Fridaus. 
Allahumma amiin.

1 comment:

grandegem said...

Ya Allah forgive us on Ramadan. ramzan eid mubarak images are amazing.