Kita kuat!

Walaupun zaman remaja aku bermula, aku dah mula pegang anggungjawab. Beban-beban yang aku pikul kini makin berat. Memang benar, semakin kita meningkat dewasa semakin banyak ujian yang hebat-hebat datang dekat kita. Semestinya kita hebat juga mengharungi detik-detik sukar tu. Kalau tak, Allah takkan hadirkan ujian kepada kita.

Jujur aku cakap, walaupun result bolehlah dikira okay tapi aku still rasa seperti orang bodoh juga. Kenapa? Sebab banyak benda yang aku tak tahu. Aku rasa keseorangan sebab aku rasa aku terlalu bodoh. Jadi aku nak nasihat yang dekat luar sana, jangan. Jangan belajar kerana exam atau nak dapat A je tapi belajarlah kerana ingin tahu. Beljarlah kerana ia satu jihad. Belajarlah kerana Allah. Kalau korang straight A sekali pun, lama-lama apa yang korang tak ingat apa yang korang belajar. Kenapa? Sebab korang belajar kerana exam. Percayalah kata aku ni.

Walaupun umur hanya 18 tahun. Aku dah mula rasa beban-beban yang aku kena pikul. Beban tu bukanlah perkara yang remeh macam korang gaduh dengan kawan atau putus dengan boyfriend. Come on. Semakin korang meningkat dewasa banyak perkara yang korang akan lalui. Macam aku? Aku rasa aku ni tak berguna untuk masyarakat. Bukan apa, sebab aku tak ada pengetahuan yang luas untuk mempertahanankan hak rakyat. Aku tak ada ilmu agama yang tinggi untuk menegakkan Islam.

Kalau korang rasa putus dengan boyfriend adalah perkara yang besar sekali. Problem yang paling besar lagi, you definitely wrong. Ada banyak pintu-pintu yang korang kena buka. Jadi kuatkanlah diri untuk bangkit. Kuatkan diri untuk lalui detik-detik sukar dalam hidup korang. Ada banyak lagi jalan yang berduri korang kena lalui.

Kebahgiaan yang kita rasa buat masa bukannya kekal tapi kita kena ingat juga, yang sedihan yang kita alami tak kekal di dalam hati kita juga. Allah tak pernah zalim terhadap hambaNya. Tapi kita yang zalim terhadap diri sendiri. Kita tahu dunia tak kekal lama tapi dunia tetap dihati, Haaa gitu ayat.

Belajarlah elok-elok sebab banyak lagi kau kena lalui. Incase kalau tak kuat, berdoalah dekat Allah. Yang putus dengan boyfriend tu korang patut bersyukur. Bukan sebab single korang boleh free atau boleh cakap dengan lelaki lain bukan. Kita tak pernah single. Tapi sebab Allah nak selamatkan korang daripada buat maksiat, daripada terlanjur. Kuatlah hati korang tu. Memang perit kehilangan seseorang tapi kita kena ajar hati untuk redha. Dia bukan halal untuk kita.

Jujurnya, aku takut bila ada orang minta nasihat dekat kita sebab dia terlanjur, kalau tak reply. Dia nak bunuh diri. Aku tak pandai bab-bab macam ni. Berubahlah sebelum terlambat. Memang hari ni kita suka-suka tapi esok kita tak tahu macam mana. Kalau lelaki tu boleh tinggalkan Allah berkemungkinan besar dia pun akan tinggalkan kita. Kalau nak couple suka-suka better tak payah sebab in the end dosa juga yang kita dapat.

Banyak ujian yang kita akan tempuhi, jadi siap sedialah kuatkan hati. Al-Quran baca selalu. Letakkan Allah dalam hati bukan lelaki atau manusia lain. Kita kuat!

No comments: