Pesanan Ringkas

Alhamdulillah, aku redha dengan keputusan spm aku. Walaupun tak segempak kawan yang lain tapi aku percaya, Allah Maha Mengetahui dan aturan Allah SWT sentiasa yang terbaik walaupun ia tidak dilihat pada mata kasar manuia. Iya, siapalah kita untuk mempersoalkan rezeki yang Allah SWt bagi? SPM bukan segala-galanya. SPM juga bukan menentukan kejayaan kau didunia dan diakhirat. Bukan. Berapa A kita dapat, walau sikit atau tak ada A atau hanya dapat kredit je, jangan lupa untuk buat sujud syukur. Syukur dengan apa yang Allah beri walau ia tak mencapai target.

Lepas spm, inshaa Allah aku akan teruskan belajar di university peringkat ijazah sarjana muda. Aku akan mulakan bina career disitu. Hm, but masih dalam dilemma untuk pilih course. Course Pengajian Islam atau Psikologi? Tak tahu mana yang terbaik untuk aku. Istikharah la jawabnya. Korang pun, kena istikharah juga walaupun ada course yang korang minat. Istikharah bukan buat waktu dalam dilemma, tapi sebenarnya istikharah perlu buat bila nak memilih sesuatu benda. Dengan istikharah, Allah bagi petunjuk dekat melalui mimpi ataupun perasaan. Allah akan tunjuk yang mana yang terbaik untuk kita.

Sekarang, aku dah habis spm dan bakal melanjutkan pelajaran di alam Universiti. Masa nilah kita dah tak boleh main-main dah. Tak boleh nak bermalas-malasan. Kita kena buang sifat malas tu. And aku fikir bila masuk U, aku akan teruskan buat dropship. Taknaklah susahkan parents bagi duit untuk keperluan korang. Kalau boleh, kita independent. Jangan susahkan mak ayah. Buat yang terbaik dekat U tu.

Dekat alam Universiti juga kau kena pilih kawan yang betul. Akhir zaman ni, banyak kes pasal budak U pergi club lah, lahirkan anak luar nikah, cultural shock lah. Jadi pilihlah kawan yang elok dan bila dia tak bermanfaat pada kau, dia tak berbahaya. Dekat Universiti, terlalu bebas. Kau boleh buat apa sahaja sebab your parents tak ada untuk jaga korang dan pergaulan korang. Jadi korang sendiri kena jaga. Jangan hampakan mereka. Bukan mereka sahaja tapi Rasulullah SAW. Ingat! Kita ni di ambang akhir zaman, banyak fitnah yang berlaku and don't be one of them. Don't.

Di alam Universiti jugalah kita boleh memperjuangkan Islam. Menyebarkan dakwah. Kita join Usrah apabila ada kelapangan. Dekat Universiti ada Usrah, korang cuma kena cari je. Dan menyebarkan dakwah. Sebagai umat Islam, kita kena fikir pasal akhirat jugakan? Sebarkan dakwah bukan hanya korang berdakwah dekat golongan bukan Islam. Definitely no! Adab-adab dan perilaku korang juga merupakan cabang untuk berdakwah. Jadi? Jadi berakhlaklah baik pada semua golongan. Jangan racist Senyum bila jumpa. Bagi salam kalau mampu.

 "Orang gila je yang senyum dekat orang tak kenal" Actually, ramai yang salah tafsir pasal isu ni. Rasulullah bersabda “Senyummu ketika berjumpa saudaramu adalah ibadah.” ( HR al-Baihaqi)

Rasulullah bersabda lagi Rasulullah Sallallahu ’Alaihi Wa sallam bersabda maksudnya : “Hak seorang muslim atas muslim lainnya ada enam perkara: (1) Apabila engkau menjumpainya engkau berikan salam kepadanya. (2) Apabila ia mengundangmu engkau memperkenankan undangannya. (3) Apabila ia meminta nasihat, engkau menasehatinya. (4) Apabila ia bersin dan memuji Allah, hendaklah engkau mentasymitkannya (berdoa untuknya). (5) Apabila ia sakit hendaklah engkau menjenguknya. (6) Apabila ia mati hendaklah engkau hantarkan jenazahnya.” (Hadis Riwayat Muslim hadis no. 2162)

Nampak tak? Orang tak gila senyum dan memberi salam keatas orang lain walaupun tak kenal. Mohon jangan salah tafsir. Kita je yang tak tahu itu sunnah Rasul. Sebabkan akhir zaman, ramai yang tak ikut sunnah yang ini. Ehhhh, bukan sunnah ni je tapi banyak. Dah banyak kita tak tahu tentang sunnah Rasulullah SAW kan?

Okaylah, setakat sini je yang aku dapat bebelkan. And aku nak ingatkan bukan dekat Universiti je kita dapat berdakwah tapi dekat mana-mana je. Plus berdakwah bukan untuk ustaz ustazah dan alim ulama' je, kalau dah beragama Islam ditulis pada IC maka wajib berdakwah. Kalau nak tunggu diri sempurna hancurlah dunia sebab manusia takkan sempurna. Fi hifzillah kalian!

Dan doakan yang terbaik untuk diri aku.

No comments: