Penilaian Manusia

Hm, aku tak tahu nak buat macam mana. Buat baik salah buat jahat apatah lagi.

Aku nak nasihatkan mohon jangan rasa diri tu baik daripada orang lain. Jangan terlalu baik sehingga buat kerja Tuhan. Salahkan orang sana, salahkan orang sini.

Kita ni manusia tak dapat nak nilai hati orang, tak dapat baca fikiran orang, tak dapat teka niat orang dan tak tahu perasaan orang. Mohon jangan campur dengan andaian sendiri. Andaian kau tentang seseorang belum tentu betul.

Aku dari dulu sampai sekarang ada masalah. Family problem tapi aku tak nak bagitahu sesiapa sebab sia-sia je bagitahu. Lagipun semua manusia yang hidup di atas muka bumi ni suka menilai. Dia tak tahu apa yang aku lalui dan terus buat andaian. Apa kau ingat situasi aku dan kau sama? Sama sekali tidak!

Manusia ni mudah lupa. Lupa kebaikan orang pada dia tapi aku bukan minta orang terus menerus ingat kebaikan aku pada diorang sebab aku bukan buat baik untuk diorang acknowledge aku. Oh please. Cumanya jangan menilai aku. Kau tak pernah kenal aku melainkan kau tahu semua masalah aku dan tahu semua dalam fikiran aku.

Tapi kalau kita minta jangan menilai pun still ada orang menilai sebab iyalah. Manusia. Eh, cuma kecewa bila seorang kita rapat nilai kita. Apa kau tahu apa yang aku lalui?

Andaian dan prasangka kau boleh pergi jauh-jauh. Kau tak tanya apa yang kau nak tanya dan terus buat andaian dan bersangka buruk pada orang. Aku tak tahu kenapa kau boleh fikir macam tu sebab apa yang aku kata sama sekali lain apa yang kau fikirkan.

Aku harap kau sedar apa yang kau buat. Semoga kau betul-betul bahagia setelah sedar silap kau. :) Jangan cakap aku tak tegur atau nasihat kau sebab aku dah bagi semuanya termasuklah dengan kata-kata semangat ++. Tapi bila manusia ada ego yang tinggi mereka memilih mendengar untuk melawan bukannya memahami bait-bait yang terbit dibibir orang.

Hati itu tidak boleh lihat dengan mata kasar, mohon jangan nilai hati manusia. Awak tak tahu berapa banyak dia makan hati sendiri semata-mata untuk naikkan awak diatas. Awak tak pernah nampak sebab yang awak nampak andaian awak tentang hati dia sahaja. Awak tak tahu betapa sakitnya hati dia dengan sangkaan awak tentang hati dia. Awak tak pernah tahu. Hati tu berdarah sekalipun, awak tak pernah tahu. Berapa banyak awak patahkan hati dia pun, awak tak sedar. Sebab apa yang awak nampak hanya salah dia je dan segala sangkaan awak yang bermain di minda awak tu.

Hati manusia ni sensitif.

Dan kebaikan dia pada awak, pun awak tak nampak. Awak pertikaikan dia? Mohon ya, kita tak tahu apa orang buat di belakang kita.

No comments: