Sentimental

Bila kita terasa kosong, bila terasa sunyi dan bila kita sedih tanpa sebab, pernah tak terfikir kenapa perasaan tu bertandang di hati kita?

Dosa-dosa yang kita lakukan tanpa rasa bersalah, solat yang dilambat-lambatkan, hati orang tua yang tidak terjaga.

Lalu bagaimana kita ingin mengecapi bahagia?

Actually, daripada form 2. Aku ada masalah tidur. Sometimes, aku jadi burung hantu. Bila malam je aku tak tidur but sometimes aku tidur tapi tak lena.

Aku jadi macam tu sebab aku over thinking, aku terlalu ingin penerimaan manusia terhadap diri aku. Aku sunyi. That the reasons why aku susah untuk tidur malam.

Tapi tahun ni, alhamdulillah aku start tidur pukul 10-11 but tak konsisten sometimes ada pukul 12-1 tapi paling lewat 3-4 pagi. Itu pun sebab aku membaca atau whatsapp dengan kawan.

Psikologi mengatakan bila kita susah nak tidur malam adalah sama ada kita sunyi atau pun jatuh cinta.

Sunyi dan jatuh cinta sampai tak tidur malam. Hm

Psikologi mengatakan orang yang bahagia mudah untuk tidur.

Maka disini jelaslah orang yang kesunyian dan jatuh cinta tidak bahagia? Kesunyian tu aku boleh faham, tapi jatuh cinta? Forget it lah.

Apa yang aku nak katakan adalah apa yang menyebabkan korang tak boleh tidur adalah kerana tidak bahagia, ceria dan gembira maka ketahuilah iman kita telah mengetuk pintu hati kita.

Jangan tidur sebelum solat taubat.

Orang yang beriman sentiasa bahagia. Allah akan hadirkan rasa bahagia dalam hati orang-orang yang beriman.

Kita yang tak dapat tidur malam, cuba muhasabah balik diri kita. Allah panggil kita sebab tu kita tak dapat tidur malam, sebab belum solat sunat lagi. Sebab tu ada rasa kosong dalam hati orang yang berjaga malam.

Kalau kita berjaga malam, tak dapat nak tidur sebab fikir pasal umat. Baguslah, Allah sedarkan kita pasal dunia akhir  zaman tapi kalau kita berjaga malam dan tak ada apa nak buat walaupun mengantuk sekali pun tapi tak nak juga tidur, ketahuilah 'benda' yang kita rasa tak buat maka tak lengkap untuk tidur bukanlah cari kawan untuk whatsapp, bukan juga untuk berfacebook, bukan untuk retweet tweet orang dan bukan juga untuk menonton drama tapi 'benda' yang tak lengkap kalau tak buat sebelum tidur adalah solat taubat sebab banyak sangat dosa kita lakukan sebab tu rasa tak lengkap bila nak tidur dan benda yang ttidak berfaedah yang kita buat tu hanya untuk mengisi di hati yang kosong.

Muhasabah balik. Dan jangan lupa juga, Allah ketuk pintu hati kita seban itu susah untuk tidur. Allah nak kita jumpa Allah sebelum tidur. Dan Allah tak nak kita tidur dengan penuh dosa.

Muhasabah.

Good night! Maafkan salah silap.

No comments: