Kerana Dia

Assalamualaikum.

Hari ni aku ada nak cerita sikit, semoga kita semua sedar dan ambil iktibar.

dalam diri kita mesti ada nafsu. dan nafsu tu memang kita kena tewaskan. Beberapa hari yang lalu aku terikut nafsu aku. Bila dah buat dosa dengan sengaja mesti ada rasa serbasalah. Time tu aku rasa hina sangat. Aku malu nak solat, jumpa Allah. Aku malu nak keluar rumah pergi kerja. Aku malu seolah-olah aku dapat rasakan dosa aku ada di kepala aku. Seolah-olah muka aku jadi hitam sebab dosa aku. Aku malu dan benci sangat diri aku sebab ikutkan nafsu.

Aku tahu kita semua pendosa dan takkan terlepas dari berbuat dosa dan yang membezakan kita adalah taubat tapi aku taknak tewas dengan nafsu. Aku taknak dengan senangnya terjerumus dengan dosa seperti main buka tutup pintu. Aku cuma nakjadi hamba yang dekat disisi Allah. Aku tahu kita semua ada impian yang satu ni.

aku dah rasa serbasalah sebab ikutkan nafsu but then Allah Maha Pemurah lagi Maha Penyayang, Maha Mengasihani lagi Maha Mengasihi, Maha Pemberi Rezeki.

Aku tak tahu nak terharu atau malu, perasaan bercampur baur. Allah bagi nikmat dan murahkan rezeki padaaku. Doa aku dimakbulkan.

Time aku nak balik kerja tapi terpaksa naik teksi sebab ayah aku tak dapat ambilaku but then bila check pocket duit ada rm4 je tapi tambang teksi sampai ke rumah RM 5.50, time tu kalut nak pergi masuk rumah amik rm1.50 tapi bila keluar balik. Teksi tu dah tak ada. Teksi tu dah pergi, aku tunggulah untuk beberapa minit tapi teksi tu tak muncul pun. Allah.

Aku tak tahu siapa nama yang bawa teksi tu tapi aku harap Allah permudahkan urusan dia dan dimurahkan rezeki.

then tetiba dapat call dari iic. katanya dia nak taja aku biasiswa bukan dari iic je tapi universiti uk pun offer aku belajar diluar negara, kdu pun offer beljar luar negara. Banyak tawaran swasta nak taja biasiswa dan dua universiti bagi tawaran untuk belajar luar negara padahal spm aku tak sampai 3A.

Betullah rezeki tu Allah yang beri dan kita kena yakin dengan rezeki Allah.

Lepas aku ikut nafsu Allah masih bagi nikmat makan dan minum. Allah bagi peluang untuk aku bertaubat. Allah murah rezeki aku. Lepas aku ingkar perintahNya.

Sungguh Allah ni Maha Pemurah, Penyayang, Mengasihani, Pengampun walaupun aku ingar denganNya aku still tak diseksa.

18 tahun hidup bertuhankan Allah tapi baru perasan mungkin baru percaya bahawa Allah maha Pemurah, Pengasih, Penyayang, Pengampun. Allahu, jahil sungguh aku ni.

Itu belum cukup lagi yang Allah beri, balik rumah dapat handphone baru. Abah belikan untuk aku. Kau rasa? Allah tetap beri rezeki dekat aku walaupun aku ingar arahanNya dan ikut nafsu sendiri.

Aku tak tahu nak cakap cemana, perasaan bercampur baur. Diri ni rasa hina dan tak layak untuk terima rezeki, nikmat dan rahmat Allah tapi pada masa yang sama terharu dan bersyukur sebb Allah tak tinggalkan aku.

Ironiknya. Kita ingkar perintah Allah tapi Allah masih beri rezeki pada kita. indeed 99nama Allah itu memang benar.

Aku ni hamba yang teruk sangat. Jujur aku malu nak berdepan dengan sesiapa. Benci diri sendiri sebab suka ikut nafsu tapi aku share ni sebab aku nak bagitahu korang Allah itu pengampun, pemurah, penyayang, pengasihani. Semoga kita dapat baiki diri menjadi hamba yanh bertaqwa. Aku taknakikut nafsu, malu nak berdepan dengan Allah. Doakan aku kuat.

Layak ke kita terima rezeki yang Allah beri tapi lupa pada Allah dikala senang dan ikut nafsu sendiri?

Time urusan kerja pun, Allah permudahkan.

Kita kadang tak bersyukur apa yang kita ada result spm, kerja gaji sikit. Tak bersyukur pun. Padahal banyak nikmat Allah bagi setiap hembusan nafas kita, degupan jantung kita, pergerakan badan kita dan minda yang tk jemu berfikir pun kita tak bersyukur. Yang paling teruk kita buat dosa tapi nak Allah cepat makbul doa kita. Nak Allah bagi kita rezeki kifa cepat cepat tapi lupa Allah bila dah senang.

Kita ni hamba yang teruk. Kita hanya maqam orang awam.

No comments: