Emotion

Sebelum ni, aku seorang yang suka pendam perasaan dan seorang yang oversensitive. Bila terasa atau kecil hati dengan orang lain, aku akan pendam dan senyum macam tak ada apa yang berlaku. Bertahun-tahun jugalah aku macam ni. Aku hanya pendam dan buat macam perasaan tu tak wujud.

Lepas beberapa tahun aku pendam, hati aku mengeras. Aku terlalu sakit tapi aku tak tahu macam mana nak luahkan perasaan. Aku tak suka cerita masalah aku dekat orang sebab aku rasa diri aku ni tak complete dan rasa macam dengan meluahkan perasaan pada seseorang ni adalah benda yang tak betul. Aku tak selesa. Jadi aku pun biarkan perasaan aku sampailah satu tahap dimana aku sakit sangat dan bila aku nak menangis, aku tak boleh. It might sound stupid but i forgot how to cry. Aku paksa diri aku untuk menangis tapi tak boleh. Aku tak tahu macam mana nak hilangkan emosi aku yang ini. Jadi, sebab terlalu sedih, aku luahkan dekat seseorang dan ia jadi makin teruk bila aku rasa aku buat keputusan yang salah. 

But then, entah macam mana pula aku minat psikologi dan banyak membaca pasal emosi. Alhamdulillah. Emosi aku makin terkawal. Aku bukan seorang yang pendam perasaan (tapi ramai masih ingat aku ni pendam perasaan)

Apa apa rasa sedih sama ada aku luahkan kepada Allah atau aku mendengar masalah orang lain atau tengok cerita sedih atau menari atau menyanyi. Itu cara meluah aku. Mungkin sebab tu orang ingat masih lagi seorang yang suka pendam sebab aku jarang sangat-sangat luahkan perasaan aku dekat orang. 

Dengan apa yang aku cerita ni, aku rasa korang boleh nampak yang pendam perasaan ni bukan sesuatu yang orang 'kuat' buat. Sebenarnya, orang yang pendam perasaan ni adalah seorang yang lemah, pengecut dan ego. Dalam 3 ini mesti adalah satu daripada itu,

Jadi bila korang beremosi, luahkanlah. Jangan pendam.

Emosi ni sebenarnya adalah mesej tentang diri kita. Jadi kita perlu hormat dan menerima emosi kita. Apa yang kita rasa, kita cuba dengar, faham dan menerima emosi kita dan tak semestinya kita beremosi, kita perlu bertindak. Kadang, kita tak perlu bertindak dan biarkan perasaan tu, alaminya walaupun ia sakit atau tidak.

Buat-buat seperti tidak beremosi membuatkan emosi korang tidak stabil. Not good, not good! Emosi ini bukannya perkara baik atau buruk, bukan positif atau negatif. Kita ada perasaan negatif tak bermakna kita seorang yang negatif. Emosi kita tak melambangkan whether kita seorang yang positif atau negatif. Tindakan mengawal emosi yang melambangkan bahawa kita seorang yang positif atau negatif.

Jadi, kita tak patut meletakkan standard pada emosi kita. Tak ada istilah "aku tak patut rasa macam ni", "aku tak patut fikir macam ni". No! 

Bila nak menangis, menangis je. Jangan dipendam sampai lebam. Air mata ni mengandungi endorphins dimana ia mampu mengurangkan kedukaan hati yang lara (lol) dan akan tingkatkan mood positif kita. Jadi tak salah menangis ni. Tak kisah lelaki atau perempuan. Rasulullah saw pun menangis juga. 

Menangis ni tak menunjukkan korang itu lemah tapi menunjukkan korang seorang yang kuat. Biarlah orang cakap cengeng ke apa, itu perasaan kita. Kita yang merasa. Semua orang ada tahap emosi yang berbeza-beza.

Tapi, aku tak suruh korang menangis depan orang ramai pula. Aku tahu ada orang tak selesa tunjuk perasaan dekat orang ramai. Jadi, menangislah bila korang sendirian pun tak apa. Asalkan ada masa untuk korang menangis, meluahkan perasaan tu sebab dengan menangis ia mampu stabilkan emosi korang.

And another thing, aku perasaan ramai yang suka minta maaf atas segala perasaan yang membuat seseorang beremosi. "Aku minta maaf buat kau terasa". 

Jangan minta maaf atas apa yang orang lain rasa. Kita tak bertanggungjawab atas perasaan mereka (melainkan memang ada niat nak buat dia terasa) dan tidak dapat mengawal perasaan mereka.


  • Kalau kita minta maaf sebab buat dia terasa, kita akan terbeban sebab kita akan mula ambil tindakan untuk pulihkan perasaan orang lain, patut tak patut belakang cerita, masalahnya realistik kah?
  • Boleh jadi kita minta maaf dan mereka salahkan kita atas apa yang mereka rasa dan akan mengharap kita akan buat sesuatu untuk mereka. Ini boleh menyebabkan penindasan.
Okay, itu sahaja. Harap entri ini dapat membantu korang dalam mengurus emosi. Apa pun kena ingat yang memegang hati kita adalah Allah swt. Jadi Allah yang letak perasaan itu dalam diri kita. Maka, sebaik-baiknya pergilah mencari hikmah kenapa. 

Jangan :
  • Pendam perasaan
  • Tipu diri sendiri 
  • Berpura-pura atau berlakon kita tidak beremosi
cara meluah :
  • Luahkan kepaada seseorang yang memahami dan betul. (suka mendengar jika ingin yang mendengar dan kalau nak yang mencari jalan penyelesaian, cari orang yang suka beri jalan penyelesaian.)
  • Melukis - salah satu cara meluahkan perasaan
  • Menulis
  • Menyanyi (karoke)
  • Menjerit
  • Tengok cerita sedih
  • Dengar lagu sedih
Banyak lagi cara meluah. Harap korang semua dapat mengurus emosi dengan baik.
Good night.

No comments: