Hadiah daripada Allah

Assalamualaikum!

Alhamdulillah, hari ni, semalam, minggu lepas aku diuji lagi. Ujian yang Allah bagi tu berat untuk dipikul tapi aku tahu aku kuat sebab aku ada Allah. Aku ni tak ada apa apa kalau tak ada Allah.

Actually, aku baru sedar tentang mindset kita. Well, mungkin aku je kot? Aku tak tahu but most of us punya mindset yang bila diuji tak kuat, bila diuji tak kuat. Then tanya bila nak happy, rasa tak bahagialah apalah.

Jom kita cuci mindset kita sama-sama.

Allah uji kita sebab sayang. Tahu? Tapi kebanyakkan orang tetap tak happy dengan peringatan yang itu. Kenapa? Sebab kita hidup untuk dunia. Betul? Semua tahu dunia sementara. Dunia ini untuk kita membuat amal soleh untuk bekalan akhirat kelak. Tapi kita still cari kebahgiaan didunia ni.

Nama pun dunia. Mestilah semuanya sementara. Orang yang berada disisi kita itu untuk sementara je. Career kita sementara saje. Pekerjaan kita itupun sementara. Itu semua hadiah daripada Tuhan. Tapi disebabkan kita hidup didunia, mencari kebahgiaan didunia. Kita pergi create kebahgiaan tu dengan hadiah daripada Tuhan.

Kita cari kebahgian melalui manusia-manusia yang bersama kita. Kita cari kebahgiaan pada career kita. Kita cari kebahgiaan dalam pekerjaan kita, kitaa cari kebahgiaan pada duit yang kita ada. Tapi, bila manusia pergi dari hidup kita, bila career kita hancur, bila dibuang kerja, bila duit habis, kita sedih.

Ingat lagi? Itu semua keduniaan sahaja. Kalau kita cari kebahgiaan pada yang sementara, nescaya sementaralah kebahgiaan kita.

Maka, carilah kebahagiaan yang hakiki. Macam mana? Kata dalam dunia ni sementara? Kebahagian yang sebetulnya di dunia ini adalah ketenangan. Carilah ketenangan dalam dunia ni.

"Dengan mengingatiku, hati menjadi tenang" 
-Surah Ar-ra'd 28

Dengan mengingati Allah, hati kita jadi tenang. Jadi kita kenalah banyak berzikir, menyendiri dengan Allah pada waktu malam. Melihat alam melihat kebesaran Allah. Iya, itulah kebahagiaan yang sebenar di duniaa   ni.

Hadiah yang Allah bagi dekat kita, pemberian Allah pada kita semua such as iyalah, manusia, career, job, duit, pangkat itu sementara. Tapi kenapa kita bergantung pada pemberian Allah? Pelikkan? Kena kita tak bergantung pada Yang Maha Pemberi padahal Dia boleh beri apa sahaja termasuklah kebahagiaan yang hakiki.

"Kenapa Allah bagi hadiah pada kita but then Dia ambil balik?"

Means kenapa orang datang dan pergi? Kenapa kita kaya dengan duit then miskin satu sen pun tk ada duit? Kenapa? Kenapa Allah tarik balik pemberian Dia?

Actually, aku pun tertanya juga kenapa. Apa alasan Allah ambil balik pemberian-Nya? Tapi have faith lah pada Allah. Kita kena ingat semua yang berlaku ada tujuannya. Aturan Allah semuanya cantik. Mungkin dimata kasar kita tak nampak 'kecantikan' itu tapi Allah lebih tahu dari kita.

Bayangkan.

Korang ada anak. Sebab sayang dengan dia, korang bagilah hadiah dekat dia. Korang bagi psp. Dia pun happy sangat. 24 jam dok main psp tu. Anak korang tu kurang makan, kurang tidur sebab dia main psp tu. Sibuk main psp tu. Rasanya, apa yang korang akan buat?

Ambil balik psp tu. Sebab apa? Sebab sayang.

Korang ambil psp tu sebab pemakanan dan rehat anak korang tak terjaga. Korang ambil sampailah anak korang stabil dan tak addict dengan psp tu, then korang bagi balik. Mungkin dengan something better, right?

Mungkin sebab itu jugalah Allah ambil balik pemberian-Nya. Tapi itu betul ke Allah ambil balik? Macam pelik je kan? Tak, Allah tak ambil pun pemberian-Nya pada hamba-hambaNya tapi Allah gantikan dengan pemberian yang lebih baik. Dan mungkin pemberian yang lebih baik itu adalah hadiah yang paling bagus untuk kita.

Jadi dalam proses menggantikan semula untuk adapt dengan proses 'menggantikan hadiah yang lebih baik dari sebelum ni' merupakan ujian bagi kita.

Maka bersyukurlah. Ingat lagi kenapa kita diuji?

Ini kita kena ingat, bergantunglah Allah yee.

Aku pun tengah cuba ubah mindset ni. Jangan sedih kalau ada yang datang dan pergi.

Ada lagi yang aku fikir, tapi akan di update ke post yang lain. Inshaa Allah.

No comments: